Friday, May 15, 2009

Dato Sri Anwar di Bandar Tasik Puteri



Program Jawatankuasa Daerah Mengundi BTP yang dibatalkan permit di saat akhir dan diganggu Polis dan MPS pada awalnya tetap berjaya dan berjalan walau tak seperti dirancang.Kehadiran DSAI pada sebelah malam untuk bersama sama penduduk BTP meraikan semangat penubuhan KeAdilan sepuluh tahu lalu amat amat dihargai.
Cuma yang menjadi kesedihan selain gangguan polis adalah sikap Ketua Bahagian Selayang yang tidak menyokong dan memberi kerjasama kepada program tersebut. Malahan beliau sebagai Ketua Bahagian juga tidak hadir semasa program berjalan sedangkan beliau mempunyai pengetahuan mengenainya.
Yang juga mengejutkan ialah sms daripada Ketua AMK Bahagian yang juga membantah program tersebut.Menjadi tanda tanya kepada kami di JDM kenapa Bahagian enggan menyokong malahan membantah program ini sedangkan dari tahun lepas kami diasak dan didesak mengadakan program program Parti.Sudahlah Bahagian tidak membantu dari segi kewangan mereka membantah pula program JDM tersebut.
walau bagaimanapun, kehadiran Timbalan Ketua Bahagian serta beberapa rakan lain daripada bahagian memberikan kami pemahaman yang jelas tentang siapa yang menentang program tersebut.
Mudah mudahan program akan datang mendapat kerjasama dan sokongan kuat Bahagian serta dipermudahkan urusannya.Insyaallah.

Tuesday, May 5, 2009

Sepuluh Tahun KeAdilan di BTP

KeADILan Bandar Tasik Puteri
SAMBUTAN 10 TAHUN PENUBUHAN KEADILAN & MAJLIS MENGENANG JASA PARA PENGASAS PARTI KEADILAN RAKYAT

Harapan Baru

Tarikh: 9 Mei 2009
Tempat: Putri Central Park, Bandar Tasik Puteri,, Rawang
Masa: 4 petang - malam
Tetamu: Presiden PKR