Wednesday, January 28, 2009

Wanita

Pada 31 Januari 2009 jam 3 petang bertempat di no.31-1-B, Medan Puteri akan berlangsung perasmian dan perlantikan ahli jawatankuasa Wanita Keadilan Bandar Tasik Puteri.
Semua dijemput hadir.

Tuesday, January 6, 2009

Penamaan Calon PRK KT






Pada 5 Januari 2009, rombongan Pakatan Rakyat dari Bandar Tasik Puteri seramai lebih kurang 10 orang bersama-sama rakan-rakan yang lain dari Parlimen Selayang bertolak menaiki bas ke Kuala Terengganu.Perjalanan berjalan lancar dan selamat tiba di Masjid Rusila sebelum azan Subuh dilaungkan.
Rombongan selepas solat terus bergerak ke Pusat penamaan calon bertemu ribuan penyokong & petugas Pakatan Rakyat yg lain.Walaupun belum sempat bersarapan kesemua sangat-sangat bersemangat berjalan kaki sejauh lebih 5 batu menuju ke Pusat penamaan calon.
Tidak ada insiden yg tidak diingini berlaku walaupun Polis menggunakan kuasa mereka menyekat Pakatan Rakyat lebih hampir dgn pusat penamaan calon sedangkan be end diberikan ruang selesa betul-betul dihadapan bangunan pusat penamaan calon.
Undilah PAS!!!

Sunday, January 4, 2009

Ayuh ke Kuala Terengganu

Ayuh semua kita ke Kuala Terengganu memberikan sokongan terbesar utk calon Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pd penamaan calon 6 Januari ini.
Rombongan drpd Parlimen Selayang akan bertolak malam ini ke Kuala Terengganu drpd Kg Chempedak, Kuang. Sebanyak 2 buah bas telah ditempah & 'reservation' oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat Parlimen Selayang adalah sangat-sangat menggalakkan.

Saturday, January 3, 2009

Final Piala Menteri Besar

sila ke http://keadilanselayang.blogspot.com utk laporan

sila ke http://picasaweb.google.com/hairulallias/FinalPialaMenteriBesar utk gambar2

Friday, January 2, 2009

Tahniah BTP FC

Tahniah kpd BTP FC yg berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Menteri Besar Selangor anjuran Pakatan Rakyat DUN Kuang.
Perlawanan akhir pd 3 Januari 2009 nanti akan berlangsung di Stadium Selayang jam 8 malam.
Mari ramai-ramai kita pakat gi sokong Btp Fc.

Karnival Rakyat 2009

dipetik drpd keadilanselayang.blogspot.com
KARNIVAL RAKYAT DUN KUANG 2009
28 Februari 2009
Padang Awam Kg.Setia, Kuang, Selangor Darul Ehsan
8.00 pagi - 11.00 malam
Pelbagai acara-acara menarik menanti anda. Ada acara kanak-kanak, acara wanita, acara lelaki & acara keluarga.
Acara Kanak-Kanak utk 9 tahun ke bawah adalah seperti berikut:-
mewarna, kerusi berirama, bawa bola dlm sudu, cari syiling dlm tepung, pancing botol & Phua Chu Kang (nak tahu...kena masuk laaa)
Acara Kanak-Kanak 10 tahun ke atas pula adalah:-
sampai mesej, makan buah lai, lari kaki tempurung, lari dlm guni & lari kaki tiga.
Acara Wanita pula adalah:-
jejak kasih, kerusi berirama, menganyam ketupat & lari dlm guni.
Ada juga acara tarik tali wanita. Hadiah utk tarik tali lumayan iaitu RM500.00 utk tempat pertama & RM300.00 utk naib johan.
Acara lelaki tak kurang hebatnya yakni:-
kerusi berirama, bolasepak berkain batik, sepak raga dlm bulatan & Kabadi.
Tarik tali lelaki pun ada.Hadiah lagi lumayan.RM700.00 utk johan. Naib johan pun banyak juga hadiahnya iaitu RM500.00.
Acara Keluarga pula menyaksikan acara-acara berikut:-
cari kasut isteri, cucuk jarum, kaki tiga pasangan, sambut bom air, pocong & suami solek isteri.
Selain itu, ada juga acara panjat tiang licin, teka kacang & karaoke 60an.

Acara-acara ini percuma KECUALI acara tarik tali wanita, tarik tali lelaki, panjat tiang licin, teka kacang & karaoke 60an.
Acara tarik tali wanita syaratnya mestilah 7 orang satu pasukan. Berumur 21 tahun ke atas. Yuran penyertaan adalah RM100.00 sepasukan.
Acara Tarik tali lelaki pula syaratnya mestilah 10 orang sepasukan.berumur 21 tahun ke atas.Yuran penyertaan adalah RM100.00. (Pasukan profesional dilarang masuk).
acara panjat tiang licin yuran RM5.00 setiap penyertaan, teka kacang yuran RM2.00 setiap penyertaan & karaoke 60an yuran RM20.00 setiap penyertaan.

Hadiah-hadiah menarik disediakan!
Terdapat pelbagai gerai jualan & pameran!!

Acara kemuncak pd malam karnival adalah ceramah perdana!!!

Sebarang pertanyaan / borang2 sila hubungi,
Pusat Khidmat Rakyat
No.5, Lot 2425, Jalan Kuang Bt 18,
49050 Kuang, Selangor.
Tel: 03-60385976 / 019-2212422 / 017-3992647
Fax:03-60385976
email: jdmbtp@gmail.com

*kami juga mengalu-alukan sumbangan, tajaan atau derma ikhlas drpd individu dan/atau syarikat yg pemurah;
**tertakluk kpd syarat-syarat & terma yg ditetapkan Jawatankuasa Penganjur.