Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan

malam tadi aku tertonton buletin utama sewaktu menunggu pesanan makanan siap di warung tomyam. berita kerajaan perpaduan menjadi berita hangat dan kata kata PM Najib bahawa ini baru peringkat risik merisik amat tidak menyenangkan bagi aku.
selepas itu ditunjukkan pula Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin (yg juga bekas pensyarah aku) mengulas kenyataan Najib dengan wajah dan senyuman lebar seolah oleh tali pertunangan telah diikat dan hanya menunggu saat ijab dan kabul sahaja lagi.
Aku secara peribadi amat tidak bersetuju berpadu dengan parti Umno yang dasarnya selama ini telah menjarah dan menjajah Melayu supaya Melayu miskin, mundur terus miskin dan mundur.

Aku percaya ini semua adalah mainan politik terdesak umno yang kehilangan sokongan dan populariti dengan mendadak semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Tetapi yang amat menghairankan adalah kesediaan Pas menawarkan diri dan/atau menerima tawaran umno untuk bersepadu dalam satu kerajaan dan pastinya Pas mesti menyertai Barisan nasional untuk melaksanakan hasrat tersebut. Menerima tawaran dan bercakap mengenainya bersama sama pimpinan Umno pada aku sudah cukup melukakan hati pengundi pengundi Pas selama ini.

Apakah Pas benar benar percaya Umno itu ikhlas? Najib berkata Pas nampak ikhlas. Jika ada yg bertanya Najib, adakah Umno ikhlas? Apa jawapan Najib kamu fikir? Ditanya kanak-kanak kecil berapa gaji PM pun dijawabnya rahsia.(rujuk Berita Harian hari ini).

Pas sekarang tersepit dengan isu ini tetapi kenyataan Timbalan Presiden mereka semalam menunjukkan mereka tidak gentar dengan amaran Tuan Guru Nik Aziz. Ustaz nasha dengan nada ceria berkata akan memberitahu Presiden apabila Presiden kembali ke dalam negeri. Aku percaya yang amat amat bahawa telahan dan firasat Tuan Guru Nik Aziz adalah benar. Pas akan dipermainkan dan terus dipermainkan oleh Umno. Setakat ini sahaja kredibiliti Pas sudah tercalar hebat di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

akhir kalam, aku menggesa Presiden Pas untuk segera berhenti berunding dengan Umno dan membuat public statement bahawa Pas tetap mendokong dan menyokong Pakatan yang dikehendaki Rakyat dan bukannya terjebak ke dalam Barisan Nasional yang dikendati sepenuhnya oleh Umno.

0 comments: