Tuesday, April 14, 2009

Kisah Lucu

kisah lucu la utk aku semasa di Bukit Gantang tempoh hari. sehari sebelum pengundian aku memandu dari Kg Dew utk bertemu rakan2 di Taman Kaya sebelum ke majlis bersama mantan PM Mahathir. sampai di masjid Taman Kaya aku berhenti sekejap sebab perut memulas.Nak cepat punya pasal dalam tergocoh-gocoh bukak belt, tercabut punya kepala tali pinggang tuh..aduiii...mana nak cari ganti pagi pagi nih??
nak tak nak terpaksa gulung dulu seluar jeans saiz 38 aku tu...bila sampai di markas kemudiannya baru aku dapat cari tali rafia & ikat seluar tuh..so, sehari suntuk asyik nak melondeh je seluar..hehehe
punya la sibuk..tak sempat la pulak nak singgah mana2 kedai cari belt baru..esok pun sama..sehari suntuk berkempen ke hulu ke hilir escort YAB MB Nizar pakai seluar bertali rafia je..hehehe..jangan ada orang nampak sudah..

1 comments:

Anonymous said...

Apa citer AJK Keadilan Bahagian Putrajaya ni?

http://jamilkucingpondan.blogspot.com

http://jamilismail.blogspot.com