pagi tadi bertemu seorang rakan reformis di Shah Alam. rupa-rupa sudah kena kencing manis.macam aku juga.kahkahkah...kurus kering jadinya..dia yg dulu bertanding PRU11 bercerita tentang kisah reformis yg banyak dilupa & agak terpinggir.aku hanya mampu mendengar.tak banyak yg boleh aku tolong selain kata kata penenang dan perangsang sahaja mampu aku curahkan.
aku bukan orang besar dalam parti.cuma ketua penerangan amk bahagian yg sampai kini aku tak tahu apa kerja yg aku kena buat..kahkahkah kami sama-sama gelak.benar kata aku.dari segi berparti, kerja kerja agak tak teratur dan tersusun.belum pernah ketua bahagian beri aku apa-apa tugas.tapi dari segi bekerja untuk parti, banyak yang aku lakukan.pergi merata ceruk untuk berkempen tak payah disuruh kata aku lagi.di peringkat cawangan aku sudah mengundur diri sejak awal tahun lalu.berpindah ke rumah baru menghalang aku aktif di tempat lama.nak aktif di tempat baru juga payah rupanya dgn seribu satu politik tak menentu.jadi aku lebih senang menjadi reformis seperti dulu.bergerak sendiri lebih mudah rupanya.kami ketawa lagi.
akhir kalam, aku pesan padanya, jaga kesihatan kerana kita masih muda.sayang jika kita pergi dulu sebelum lihat keadilan tercapai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Bro ...
aktif le balik di btp ... kita lawan tetap lawan ... apa yg terjadi baru terhadap program sambutan 10 tahun keadilan adalah pemangkin bagi kita menguatkan keadilan di btp ...
Post a Comment