Monday, March 23, 2009

Dirempuh FRU

"FRU rempuh secara ganas & lepas gas pemedih mata secara rambang kearah org ramai yg sedang dgr ceramah Anwar di Tmn Ria,Sg.Petani sbtr tadi.ramai cedera."
SMS ringkas yang saya terima ini benar-benar meruntun jiwa dan pada masa sama membakar semangat saya untuk terus memperjuangkan reformasi dan keadilan di bumi Malaysia ini.
Bila mana kita ingin melaksanakan hak kita untuk berkumpul dan bersuara seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, terlalu banyak kekangan dan sekatan yang mustahil dikenakan ke atas kita semenjak tahun 1998 dulu. Ketakutan yang terpancar di wajah wajah pemimpin-pemimpin yang terpesong hala tuju mereka akibat kebangkitan rakyat telah menjadikan mereka lebih kejam, zalim dan rakus menggunakan kuasa mereka menekan rakyat jelata.Polis dipergunakan sehebat-hebatnya untuk menyekat kebebasan rakyat.Pendakwa digunakan untuk memfitnah lawan-lawan mereka.Manakala kroni dan tali barut mereka lepas dan bebas walaupun terang-terangan terlibat rasuah wang.
Lawan tetap lawan.

0 comments: