Thursday, October 30, 2008

Mesyuarat PKR Dun Kuang

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa semua Ketua JDM & AJK adalah dijemput hadir ke Mesyuarat PKR Dun Kuang pada 1 November 2008 hari Sabtu pada jam 4.30 ptg di dewan JKK Kg Damai (sebelah Masjid).

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

Hairul Allias bin Shaari
Ketua JDM BTP

Thursday, October 23, 2008

Perwakilan ke Kongres Nasional

KeAdilanbtp mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua JDM BTP sdr Hairul Allias yang telah dipilih untuk menjadi salah seorang perwakilan daripada Bahagian Selayang untuk ke Kongres Nasional pada bulan November nanti.
Ketika ditemui, Hairul Allias yang juga merupakan Ketua Penerangan AMK Bahagian Selayang berharap mendapat peluang membawa idea-idea baru dalam membantu perjalanan dan perjuangan parti bagi mengharungi cabaran malaysia Baru.
KeAdilanbtp percaya beliau sebagai seorang peguam mampu memberi impak dan tenaga yang amat diperlukan oleh parti terutamanya dalam membangunkan parti di peringkat BTP.

Harga Minyak Dunia Jatuh

Harga minyak dunia makin jatuh & merudum. Terbaru harga minyak dunia diniagakan pd harga USD67 setong.
KeAdilanbtp merasa kecewa dan hairan atas sikap berdiam diri kerajaan Malaysia yang tidak menurunkan harga minyak sewajarnya mengikut harga pasaran. Rakyat terus dibebankan dengan kos sara hidup yg tinggi & melampau di negara ini. Penurunan sedikit demi sedikit yg lalu ternyata tidak memberi apa-apa kesan apabila golongan peniaga tidak menurunkan harga barangan seperti disangkakan.
Kerajaan yg lemah & bergolak dgn masalah politik dalaman ini amat merugikan rakyat seluruhnya. KeAdilanbtp amat berharap harga minyak & barangan akan kembali ke paras munasabah tetapi itu tidak akan berlaku jika Pak Lah lebih sibuk menguruskan survival politik anak menantunya.
KeAdilanbtp amat menanti pertukaran kerajaan Be End kepada kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.