Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya

selamat hari raya AidilFitri 2008 drpd keadilanbtp utk semua warga BTP dan masyarakat Malaysia amnya.
keadilanbtp memohon ampun & maaf jika ada tersalah laku & terkasar bahasa.

Tuesday, September 23, 2008

Berita Kematian

keAdilanbtp mendapat berita bahawa ibu mertua Abg Din Penghulu telah kembali ke rahmatullah hari ini.Urusan jenazah & pengkebumian akan dibuat pagi 24/9/2008 di rumah No.37, Jln 8/9 Birch, BTP.
Kepada allahyarhamah kita sedekahkan Al-Fatihah & berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan para Rasul & Nabi.Alangkah bahagianya dapat menemui Allah Taala di bulan Ramadhan yg mulia ini.
Kepada keluarga Abg Din, diharap bersabar dgn ujian Allah ini.
Al-Fatihah.

Monday, September 22, 2008

Berbuka Puasa Anjuran PAS






Pada 20 September yang lalu bertempat di Surau AsSidiqin PAS Btp telah menganjurkan majlis berbuka puasa. Kerja kerja memasak telah dibuat seawal jam 10 pagi oleh ahli-ahli Pas dibantu oleh rakan rakan drpd PKR Btp.
Semangat gotong royong & muafakat yg tinggi telah berjaya melicinkan program tersebut. Moga amalan mulia tsb mendapat berkat & kurnia drpd Allah Taala.
Mudah-mudahan lebih banyak program masyarakat dapat dilaksanakan demi mengekalkan perpaduan di BTP & seterusnya mengukuhkan cengkaman pemerintahan mesra rakyat kerajaan negeri Selangor & Malaysia amnya.

*Wajah wajah ceria di pagi tsb*

Wednesday, September 17, 2008

Mudah Kaya?

nak mudah kaya masuk amno laaa

Majlis Berbuka Puasa (Update)

Pada 17/9/08 JDM BTP dimaklumkan oleh Ketua Penyelaras bahawa satu majlis berbuka puasa & penyampaian bantuan hendak dibuat oleh kerajaan negeri di BTP. Mereka mencadangkan 28 haribulan & meminta JDM BTP membuat persediaan awal.
Apabila telah diatur, keAdilanbtp akan maklumkan pd semua.

Berita terkini. Majlis akan diadakan di Rumah Kasih Sayang pd 23 September 2008 hari Selasa ini. Majlis akan bermula sekitar jam 6.30 petang & dijangka berakhir sekitar jam 7.50 mlm.

Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Selayang






Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Selayang selamat berlangsung pada 14/9/2008 di dewan Merdeka Kuang.
Majlis hari itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Prof.Dr Syed Husin.
Antara yang turut hadir adalah YB William Leong dan pemerhati drpd peringkat negeri & pusat.
Mesyuarat berjalan lancar dgn Wanita & AMK serentak menjalankan Mesyuarat Agung masing-masing.
Agenda yg utama pd mesyuarat kali ini adalah pemilihan wakil ke Kongres Nasional yg akan diadakan pd bulan November nanti di Shah Alam.
Selain itu, beberapa isu turut dibahaskan semasa usul-usul JDM dikemukakan.
Mesyuarat berakhir kira kira jam 2 petang.
Terima kasih pada semua yang hadir walaupun dalam penat kita berpuasa demi semangat perjuangan kepada Parti dan negara.

Thursday, September 11, 2008

Celuparnyee mulut...dah nak mampos agaknyee

sudah terang lagi bersuluh celuparnya mulut muhyidin menunjukkan petanda awal dia akan menentang bodolah pd disember nanti. kenyataan kemasukan semula mahader melalui muhyidin adlh strategi muhyidin meraih sokongan penyokong mahader & merupakan faktor bonus pd ahli amno yg bencikan bodolah.
ura ura muhyidin akan bergabung bersama Kuli menentang bodolah bukan khayalan.dgn sokongan kuat umno Johor & Kelantan ianya boleh berlaku.Umno Kedah juga memberikan sokongan padu kpd mereka.
Umno Penang yg menyokong penuh Dato Ahmad Ismail dlm isu 'pendatang' mungkin juga menukar arah & menyokong team muhyidin.
Dibantu dgn team pemuda dikepalai oleh anak mahader, petanda awal akan berlaku perubahan pimpinan pd disember nanti bukan mustahil.
amno akan bertukar pimpinan.

tetapi itu semua sudah tak bermakna lagi kerana Pakatan Rakyat telah membentuk kerajaan pd September lagi.

Tuesday, September 9, 2008

Kes Ditangguh

Kes fitnah ke atas DSAI yg disebut hari ini di Mahkamah Sesyen Jenayah KL telah ditangguhkan pd 24/9/2008. Ini kerana pd pagi ini pihak pendakwaraya tlh membuat permohonan memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi yg dibantah oleh DSAI.
Lebih pelik lagi, arahan pemindahan kes adlh ditandatangani oleh Peguam Negara sendiri yg telah diberi arahan & jaminan oleh PM tidak akan terlibat menyiasat kes kali ini.
Jelas pd kita yg kerajaan bermain wayang & bermuka muka dlm kes ini yg ternyata helah politik yg amat jahat & keji.
Fitnah ditabur bagi 'menguburkan' DSAI & pendakwaraya diperkudakan utk tujuan tsb.
keAdilanbtp mengutuk campur tangan Peguam Negara dlm kes ini & menggesa kerajaan khusunya PM lebih telus & memantau peranan peguam negara tsb dgn lebih dekat & tegas.(jangan harap la)

Monday, September 8, 2008

Perpaduan

keAdilanbtp menyokong penuh kenyataan bersama Pakatan Rakyat yg menolak politik perkauman. Kegagalan PM menyelesaikan isu perkauman yg dibangkitkan oleh Dato Ahmad dlm masa yg cepat & meyakinkan boleh mengganggu gugat perpaduan Malaysia.
Kesombongan Dato Ahmad & pengikutnya sehingga mengoyak poster Dato Koh drpd Gerakan tidak boleh dipandang mudah & mesti diselesaikan dgn berhemah & segera.
Tindakan MCA memutuskan hubungan dgn Dato Ahmad & Umno Penang keseluruhannya juga mesti diambil tindakan segera & diperbaiki.
Rakyat menunggu apa tindakan PM. Bukan sahaja ahli umno malahan pendokong & penyokong Pakatan Rakyat juga meneliti & mengikuti perkembangan ini yg sentiasa mahukan perpaduan, keamanan & keadilan di bumi Malaysia ini.
Nasihat utk MCA & Gerakan, umno sudah tidak lagi relevan utk menjana Malaysia ke arah yg lebih baik. Jadi lu pikirlah sendiri.

Sunday, September 7, 2008

Autism

AUTISM

... a physical disorder of the brain that causes a life-long

developmental disability. It blocks the learning, language

communication and emotional development of the child ...

Dipetik drpd http://nasom.my.diip.net/

Autism adalah kecacatan fizikal pd otak yg menyebabkan ketidakmampuan perkembangan seumur hidup. Ia menghalang proses pembelajaran, percakapan & perkembangan emosi kanak-kanak autism.

Kesedaran yg tinggi perlu pd setiap ibu bapa pengidap autism. Walaubagaimanapun, di Malaysia, kesedaran autism ini masih kurang. Malahan kerajaan sendiri tidak mempunyai program kesedaran autism yg meluas.Media kerajaan tidak langsung berperanan menyebarkan & menyedarkan org ramai akan autism.

Selain itu, program pendidikan khas utk kanak kanak autism juga kurang diambil berat oleh kerajaan. Jika ini berlanjutan maka, kanak kanak autism akan terus ketinggalan & menghadapi kesukaran seumur hidup.

keAdilanbtp berharap kerajaan baru apabila dibentuk akan lebih prihatin & bertanggungjawab memberi pendidikan khas yg secukupnya kpd kanak kanak autism di Malaysia.

Friday, September 5, 2008

Menuju ke Maktab Bainun




Permatang Pauh,
Selepas undian ditutup & kiraan dimulakan berita gembira diterima petugas & penyokong Pakatan Rakyat. DSAI menang di semua saluran.
Kini tugas getir mengawal peti undi bermula. Pasukan Polis yg kurang bekerjasama menyebabkan tugas ini bertambah sukar.
Kumpulan bermotosikal telah siap sedia utk mengekori gerombolan petugas SPR bagi memastikan peti undi selamat sampai ke Institut Perguruan Bainun
Ketua JDM sdr Allias bersama-sama Naib Ketua, sdr Azhar mengekori menggunakan kereta.
Masuk ke Lebuhraya Kulim-Butterworth, Polis menutup laluan menuju ke Maktab Bainun menyebabkan pasukan bermotosikal & kami terkandas.
Kami meletakkan kaki di tepi hiway yg penuh dgn deretan kereta & berjalan kaki beberapa puluh kilometer utk ke Maktab Bainun.
Turut serta bersama kami juga termasuk ADUN drpd Kelantan bersama rombongannya.
Penat tak terasa bila sampai suasana pesta rakyat telah bermula.

Membentuk Kerajaan

Hari ini sudah mula tersebar berita panas ahli ahli Yang Berhormat dari Sabah akan mula meninggalkan Be End dan menyertai Pakatan Rakyat.
Kita doakan semoga usaha ini berhasil bagi membentuk satu kerajaan yg stabil & mampu menjana ekonomi rakyat Malaysia & seterusnya mengeluarkan Malaysia drpd kepompong kepayahan yg disebabkan kebebalan pemerintah sekarang.
walaupun ada hujah tindakan lompat ini, tidak demokrasi ianya sebenarnya adlh sangat demokrasi krn ahli ahli Parlimen sudah sedar kelemahan pemerintah & bagi menjaga kepentingan rakyat & negaralah mereka bertindak meninggalkan be end. Terus bersama be end hanya akan merosakkan negara & ekonomi yg lembab akan berterusan menekan rakyat sehebat-hebatnya.
Politik perkauman yg dimainkan oleh parti utama be end juga ditolak & tidak disenangi oleh komponen be end yg lain.
jadi, tidak mustahil lompat ini akan berlaku.

Wednesday, September 3, 2008

Wakil Penduduk


Ketua Kampung yg baru telah dilantik baru baru ini & telah menerima tauliah masing masing drpd YAB Dato' MB Selangor.Ketua Kampung ini adalah bagi kampung kampung tradisi sahaja yg dilantik bagi menggantikan ketua ketua kampung terdahulu yg enggan bekerjasama dgn Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Bagi taman-taman perumahan lantikan secara rasmi belum dimaklumkan lagi walaupun senarai nama wakil penduduk bagi BTP telahpun dihantar kpd Ahli Majlis MPS utk dimajukan kpd Pejabat MB.
Walaubagaimanapun, penduduk boleh berurusan terus dgn wakil penduduk yg dilantik sdr Abg Din dgn menghubungi beliau di talian 019-3401510.
Penduduk BTP juga boleh ke Pusat Khidmat Masyarakat MP Selayang di Pekan Kuang.Penduduk boleh hubungi penyelaras pusat tsb iaitu sdr Azman di talian 017-3992647.

(Gambar Abg Din bersama Ketua Pemuda PAS BTP sdr Zuki.)

Tuesday, September 2, 2008

Memorandum of Transfer

BTP & GVP merupakan kawasan perumahan yg masih muda. Seiring dgn itu, proses penukaran nama drpd Geran Induk (Master Title)kpd Geran Individu (Individual Title) perlu dibuat oleh semua pembeli rumah. Bagi pembeli rumah apartment, geran individu ini dipanggil dgn nama 'Strata Title'.
Permohonan utk menukar nama & pecah bahagian mesti dibuat oleh pemaju.Apabila permohonan telah dibuat & telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan / pejabat tanah / kerajaan negeri, maka pembeli hendaklah menyempurnakan pindahmilik / tukar nama tsb.
Rumah di BTP/GVP jika tidak silap adlh tanah pajakan. Oleh itu, kebenaran pihak berkuasa negeri mesti diperolehi sblm tukar nama dibuat.
Proses tukar nama ini adlh sangat penting bagi menjaga kepentingan pembeli.
Walaubagaimanapun, yg menjadi masalah & menyebabkan kebanyakan pembeli gagal menukar nama adlh krn mereka tidak mampu @ mahu mengeluarkan belanja membiayai proses tukar nama tsb yang melibatkan bayaran peguam & duti setem.

LATAR



LATAR hiway yg menjadi tarikan utama kebanyakan pembeli rumah di BTP masih belum dibina. Ura ura terbaru bhw projek hiway ini akan diteruskan dgn nama baru juga belum nampak bayangnya. Sudah memasuki sept 2008 tetapi projek ini belum terlaksana.
Begitu juga jalan keluar ke tol Rawang belum dinaiktaraf.
Jalan di BTP sendiri beralun alun & tidak rata. Lubang lubang melata di jalan jalan dlm BTP.
Pembinaan LATAR ini amat dinantikan & diharapkan oleh penduduk BTP bagi memudahkan perjalanan penduduk yg hampir kesemuanya bekerja di ibu kota.
Selain itu, pembinaan LATAR akan dpt mempengaruhi nilai pasaran rumah di BTP yg sekarang ini hidup segan mati tak mahu. Kenaikan harga pasaran di BTP akan dpt membantu ramai pemilik rumah menyewakan rumah pd kadar sewa yg munasabah. Lebih baik lagi, pemilik rumah dpt menjual rumah pd harga pasaran & mampu menyelesaikan tunggakkan dgn pihak bank.
Selagi LATAR tidak dibina, imej BTP sbg pembekal rumah lelong akan terus berkekalan & pembeli akan terus terhimpit dgn beban kewangan yg maha dasyhat di zaman kebodohan Dolah mentadbir negara.
p/s: taik embu pun berselerak kat BTP nihh!!