Tuesday, April 29, 2008

Parti Raba Raba


Sesuai tak gambar ni buat logo rasmi parti raba raba??

Lawatan Chelsea

Saya membantah kemasukan dua warga Israel yang merupakan anggota pasukan Chelsea daripada England yang bakal melawat Malaysia pada 29 Julai nanti. Sebagai menunjukkan komitmen berterusan Malaysia dalam isu umat Islam Palestin yang dizalimi rejim Israel, kita mestilah mengukuhkan azam kita dalam melaksanakan pendirian kita yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.Kemasukan 2 warga Israel ini akan dilihat sebagai sikap acuh tak acuh pentadbiran Abdullah yang terkenal flip flop dan kaki tidur.Mesej yang jelas dan keras perlu dihantar kepada Israel dengan mengharamkan kemasukan 2 warga Israel tersebut.

Persoalan berkaitan pengambilan Tanah untuk Jambatan PP ke 2

Akhbar the Sun 29/4/2008 melaporkan melalui Opayln Mok bahawa pelan penuh dan rekabentuk projek jambatan Pulau Pinang Ke2 (JPP2) belum disahkan lagi.Begitu juga tanah tanah belum lagi dikenalpasti untuk diambil alih oleh kerajaan.
Jika itu senarionya, maka adalah menimbulkan tanda tanya apabila Kerajaan Pusat menyatakan bahawa pengambilan tanah adalah faktor melambatkan projek tersebut.
Phee Boon Poh, pengerusi jawatankuasa kesihatan,kebajikan dan masyarakat penyayang berkata "Mereka (kerajaan Pusat) belum lagi membuat pelan jambatan ke2, apatah lagi bercakap mengenai pengambilan tanah.Mereka juga tidak ;pernah menghubungi kami untuk pengambilan tanah".
Ini berbeza dengan pengumuman Perdana Menteri Dollah yang berkata jambatan ke2 akan dilewatkan akibat masalah pengambilan tanah.
Siapa yang menipu siapa ni??

Monday, April 28, 2008

Orang yang Sama??

JUDGES OF THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (As at 11 DISEMBER 2007)

The Honourable Datuk Heliliah bt. Mohd Yusof PJN, JSM, KMN, SIMP, DPMK, DPCM

Semakan di http://www.kehakiman.gov.my/ menunjukkan bahawa Datuk Heliliah adalah seorang Hakim Mahkamah Rayuan. Dalam akhbar the Sun hari ini muka surat hadapan ada disebut nama Dato Helilah Yusof sebagai penasihat undang-undang Bakti.
Adakah Dato Helilah Yusof yang dirujuk dalam akhbar the Sun orang yang sama dengan Datuk Heliliah bt Mohd Yusof seorang Hakim Mahkamah Rayuan?
Jika mereka orang yang sama adakah sebagai seorang Hakim, beliau boleh menjadi penasihat undang-undang kepada Bakti (Persatuan Isteri Ahli Parlimen be end).Tidak kah tugas penasihat undang-undang itu menjadi satu konflik kepentingan dengan tugas seorang hakim? Sebagai seorang Hakim yang dibayar gaji maka saya merasakan adalah sangat tidak wajar bagi beliau menerima pelawaan menjadi penasihat undang-undang Bakti tersebut.
Soalan lain yang juga perlu dijawab adakah beliau dibayar pula sebagai seorang penasihat undang-undang Bakti?

Belajar Bercakap Benar

Khir Toyo: Umno has lost touch with reality
Syed Jaymal Zahiid & Fathi Aris Omar Apr 28, 08 5:13pm
exclusive Former Selangor Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo said he knew it all along that Barisan Nasional (BN) would suffer heavy losses in the March 8 polls, long before the date arrived.
'Trained to tell the truth'
Impact of the information gap

Ini adalah sebahagian petikan daripada Malaysiakini.com yang memberikan interview ekslusif dengan bekas MB Selangor Her Toyol. Seorang bekas MB yang kaki belit dan kaki putar menasihatkan orang lain untuk bercakap benar.Cermin diri dulu lah. Kalau nak nasihat itu diterima, maka Her Toyol yang mesti terlebih dahulu bercakap benar dengan menerangkan kenapa muka beliau bertukar putih dan gebu. Cerita saya makan tempe semua rakyat tak percaya!! Jadi, saya menyeru Her Toyol untuk bercakap benar tentang semua perkara yang termasuk antaranya:-
1.muka beliau;
2.Balkis;
3.PKNS;
4.KDEB;
5.Unisel;
6.ladang babi;
7.tempe;
dan lain lain yang akan menyusul sedikit demi sedikit apabila semua salah laku kerajaan be end dahulu dibongkar dan dihebahkan untuk pengetahuan rakyat.

Friday, April 25, 2008

RM10m gone in three days

Itulah tajuk akhbar the Sun hari ini (25/4/2008). Laporan oleh R.Nadeswaran & Terence Fernandez menyebut bahawa tiga hari selepas suami-suami mereka kalah dalam pilihanraya ke 12 di Selangor, para isteri mereka bertindak untuk membubarkan satu badan kebajikan dan memindahkan hampir 10 juta ringgit Malaysia daripada akaun bank badan kebajikan tersebut. Tetapi percubaan mereka telah dipintas oleh YAB MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menulis kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempertikaikan keesahan keputusan membubarkan Persatuan Isteri Isteri Wakil Rakyat Selangor (BALKIS). Adalah dipercayai bahawa Tan Sri Khalid telah mengarahkan siasatan lengkap dan terperinci berhubung urusan persatuan tersebut semenjak ditubuhkan pada tahun 1985 yang yang berasaskan kerja kerja kebajikan. Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh the Sun, Datin Zaharah Kechik, isteri kepada bekas MB Dr Her Toyo, telah pada 11 Mac mengadakan satu mesyuarat luar biasa (egm) jawatankuasa BALKIS untuk membubarkan dan menutup akaun bank persatuan itu.Hari berikutnya, akaun itu ditutup. Wang yang ada di dalam akaun tersebut dipindahkan kepada akaun BAKTI iaitu persatuan isteri isteri Menteri. Pada 13 Mac, bekas exco Balkis memberikan notis pembubaran kepada ROS yang juga termasuk pindaan perlembagaan dan penubuhan persatuan baru.Balkis-BN adalah antara nama yang dicadangkan. Walaubagaimanapun,ROS menyatakan bahawa permohonan Balkis untuk pembubaran adalah tidak lengkap dan mereka diberi 30 hari untuk memberikan maklumat dan butiran lanjut. Perlembagaan Balkis memperuntukkan bahawa isteri MB mestilah menjadi Presiden.Sumber dalaman mempertikaikan bahwa memandangkan Her Toyo bukan lagi MB, maka Zaharah bukanlah Presiden Balkis dan tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan atau mencairkan dana persatuan tersebut. pakar undang-undang berkata, sebetulnya selepas kekalahan amno yang lalu, exco yang dipengerusikan oleh Zaharah sepatutnya membuat egm bagi membincangkan peralihan kuasa Balkis kepada pimpinan baru.

Monday, April 21, 2008

Cadangan Ahli Majlis

Pihak YAB MB telah menjawab cadangan kita bagi melantik seorang wakil daripada BTP menjadi Ahli Majlis MPS dan memaklumkan bahawa cadangan kita dalam peringkat pertimbangan.Kita berharap mendapat maklum balas positif dan akan mempunyai wakil ke MPS dari kalangan orang-orang kita.

Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu BTP

Saya amat berbesar hati apabila diminta oleh Jawatankuasa Penaja Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu BTP (PPPMBTP) untuk bertindak selaku Penasihat Undang-Undang kepada PPPMBTP. Saya sudi menyumbangkan kepakaran dan pengetahuan saya bagi membantu merealisasikan hasrat PPPMBTP ditubuhkan untuk membantu dan membina kekuatan peniaga dan penjaja Melayu di BTP ini khususnya.

Jawatankuasa Penaja

Susulan penyerahan borang keahlian PKR dan selaras dengan hasrat kita menubuhkan cawangan PKR di BTP & GVP, satu jawatakuasa penaja telah dibentuk dan akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Parti untuk kelulusan.Saya selaku Ketua Penaja dengan perbincangan bersama Timbalan Ketua, sdr Bard dan juga setiausaha sdr Padzli telah mencadangkan nama-nama berikut sebagai anggota penaja PKR cawangan BTP. Diharap kesemua ahli bersetuju dengan cadangan tersebut. Berikut adalah senarai jawatakuasa penaja yang akan dihantar kepada PKR Bahagian Selayang.

1.Hairulallias bin Shaari - Ketua
2.Che Badrul Hisham bin Che Omar - Timb.Ketua
3.Ab Rahman bin Abu Bakar - Naib Ketua
4.Pannirselvan a/l Govindasamy - Naib Ketua
5.Amezah bt Adam - Naib Ketua
6.Mohd Padzli bin Hassan - Setiausaha
7.Hamdan bin Mohd Salleh - Bendahari
8.Azar Hairuzzaman bin Mohd Lud - Ketua AM
9.Tuan Zuhairah Nurjah bt Tuan Yusof - Ketua WANITA
10.Nik Mohamed Ghazali Adib bin Yaakob - Ketua Penerangan
AJK
11.Narveen Kaur
12.Anuar bin Haji Berkatali
13.Rosniza bt Derased
14.Noor Hazmonasarah Bt Ismail
15.Norhafizan bt Ishak
16.siti Nor Asah bt Abdul Wahab
17.Mohd Sharom bin Hamzah
18.Parveen Kaur a/p Hardew Singh
19.Aris bin Bahari
20.Md Nuri bin Abd Rahman
21.Kumaresan a/l P.Periakaruppan
22.Shamsul Matarif bin Abdul Hamid
23.Elni Azura bt Ramli

Ini adalah senarai cadangan yang akan dihantar.Jika anda ada pertanyaan/bantahan sila hubungi saya di 0193621416.Senarai ini akan dihantar paling lewat pada 25 april 2008.

Sunday, April 20, 2008

Laporan Perlawanan

Laporan bolasepak mingguan BTP dimulakan dengan perlawanan pada hari Sabtu 19 April. Boleh dikatakan hampir kesemua pemain utama pasukan Otai & Youngsters turun pada hari tersebut termasuk kepulangan Zack Torres bagi memperkuatkan jentera serangan Otai. Walaubagaimanapun, ternyata pemain lama Otai yakni Zaini aka Pak Abu yang kerap menerima kritikan di padang yang membantu jaringan pertama Otai apabila Zaini memberi tekanan kepada Panjang sehingga Panjang melakukan kesilapan dan kehilangan bola.Lantaran daripada itu sebanarnya masih banyak yang perlu dilakukan tetapi kegopohan Mail yang menjaga gol dan kekeliruan bersama Man DBKL menyebabkan Amin yang bijak menghidu peluang dan ruang berjaya memanfaatkan kekalutan tersebut dengan menjaringkan gol menggunakan kaki kiri ke arah pintu gol yang ternganga luas. 1-0. Youngster terus membuka baju seperti biasa laa.
Selepas itu, Otai agak selesa dan sepatutnya boleh menambah jaringan gol tetapi banyak peluang disia-siakan terutama sekali oleh Zack yang merembat kencang ke arah gol dan diselamatkan oleh Mail.Walaupun cubaan Zack itu nampak merbahaya, tetapi jika dilihat dalam gerak perlahan ianya tidak berapa bahaya sangat kerana bola tersebut terlalu hampir dengan penjaga gol yang mudah untuk ditepis.Jika Zack lebih tenang ("he should be more compose") 'placing' mudah pasti dapat dilakukan dan menghasilkan gol.Apapun itulah sumbangan Zack untuk petang tersebut.
Seorang lagi yang juga mensia-siakan peluang terbuka di hadapan pintu gol adalah Pak Abu yang merembat tinggi bola sedangkan jikalau dikuispun boleh gol.
Pasukan Youngsters membalas melalui serangan di sebelah kiri gol sebelum hantaran lintang ke depan pintu gol gagal dibaca oleh Fesal dan Nazrul membuka ruang buat Budin Sehe meluru untuk gol penyamaan.Asakan-asakan Youngster yang lainnya semua berjaya dipatahkan oleh pertahanan kental Otai. Kedudukan sehingga tamat permainan Otai berbaju & berseluar, Youngsters berseluar sahaja.

Perlawanan Ahad bermula agak lambat dan lembab apabila ramai players datang lambat dan yang datang awalpun belum siap pakai kasut.Permainan baru bermula apabila Amin yang kelihatan bersahaja kehilangan bola di tengah padang dan hasil daripada itu bola berada di kaki Along yang ditinggalkan bersendirian oleh Rosdi.Penjaga gol Otai mara bagi menutup ruang tetapi Along lebih pantas melapaskan rembatan rendah ke gawang gol. Memang benar namapaknya ramalan Haizal bahawa Otai akan membuka baju.Gol tersebut masih tidak membangkitkan semangat Otai apabila dalam masa pantas sekali lagi Along dibiarkan kosong untuk meluru pantas menyambar bola menewaskan the onrushing goalkeeper. Gol kedua tersebut masih belum membangkitkan Otai. Sehingga lah Panjang tiba ke padang dan mengambil alih tugas menjaga gawang daripada Nasir, barulah Amin & Co bersemangat dan hasilnya Otai berjaya menyumbat dua gol hasil jaringan penjaring terbanyak menggunakan kaki kiri iaitu Amin la sapa lagi.
Padang kemudiannya dipenuhi apabila ramai pemain pemain tiba lewat termasuk Padzli yang membuat larian mengiring ke kiri. Yang lebih mengejutkan lagi terutama Man yang lebih terkejut adalah apabila Mat Mahir membuat larian solo daripada tengah padang sebelum berone two dengan Amin dan dibantu juga oleh 'deflection' berkjaya menjaringkan gol kemenangan Otai. Serentak dengan gol tersebut wisel penamat ditiupkan apabila Rosdi meninggalkan padang tanda permainan telah tamat.

Jalan Masih Sesak



Sudah lebih 40 hari PR memerintah Selangor dan banyak perubahan dan perancangan yang dapat dilihat.Bagi penduduk BTP masalah utama yang mesti diatasi adalah kesesakan lalu lintas sepanjang jalan Batu Arang menuju ke Rawang.Satu pagi, saya keluar agak lewat dari kebiasaan (kebiasaan saya adalah jam 6.30 pagi dari rumah) dan saya dapati jalan masih sesak walaupun jam lebih kurang 8 pagi.Cepat-cepatlah laksanakan projek pelebaran jalan tersebut ataupun buat satu jalan baru di laluan yang baru menuju ke Rawang.

Ziarah

Ahad 20 April 2008. Malam tadi saya dan beberapa rakan yakni sdr Mazlan, Padzli, Haizal,Amran,Bakar,Amali,Zuki dan Lah telah pergi melawat tok siak surau As-Siddiqin yang lebih mesra dengan panggilan "Pak Ngah" di rumah beliau. Pak Ngah sekarang ini terlantar di rumah akibat uzur dan baru keluar daripada hospital. Beliau menerima rawatan susulan di rumah dan menggunakan mesin bagi mencuci bahan buangan dalam badan. Kepada semua boleh melawat Pak Ngah di rumah beliau dan juga boleh menderma bagi meringankan beban Pak Ngah sekeluarga bagi menampung perbelanjaan perubatan beliau. Kepada Pak Ngah kami doakan semoga cepat sembuh dan dipanjangkan umur oleh Allah Taala.

Tuesday, April 15, 2008

ADA AKAI KAA??

Hari Rabu nanti ada pasar malam.Hari Isnin tadi ada Pasar tani.Apa kena mengena dengan tajuk ni??Kaitannya adalah masa aku berkempen untuk Dr.Badrul Amin di pasar Tani dan Pasar Malam adalah seorang hamba Allah yang dah tua meniaga kerepek-kerepek tradisional yang memaki hamun kami dengan kata-kata antara lainnya berbunyi "ada akai kaa??".Kononnya kami berdiri di depan gerai beliau dan beliau kehilangan pelanggan.Aku memang marah sangat masa tu kerana seorang tua dah nak mampos bercakap kasar tanpa berlemah lembut.Mungkin dia nampak ramai orang India yang mengiringi Dr.BadrulAmin menyebabkan semangat Melayunya melonjak-lonjak untuk memaki hamun kami.Kami pun berlalu sambil memohon maaf.
Selepas PRU12, pakcik tua tu dah tak nampak muka di pasar tani maupun di pasar malam.Aku sangka mungkin sekejap tapi dah sebulan lebih dia menghilang.Mungkin dia takut jualannya tak laku sebab ramai yang nampak kebiadaban beliau hari itu.Aku sebelum itu memang pembeli setia pakcik tu sebab anak aku suka makan kerepek.Rindu pulak nak jumpa pakcik tu supaya dapat bagi tarbiyah.Beli??Sorry.
Selain pakcik tua kutuk tu ada lagi seorang peniaga pasar tani dan pasar malam menghilangkan diri.Iaitu mamat kurus kurus yang jadi polling agent amno masa election dulu.Dia pun dah lesap takut meniaga nasi ayam tak laku.Ataupun dia hanya bersembunyi sekejap tapi bini dia yang teruskan menjual nasi ayam tu??

Sunday, April 13, 2008

Life is Hard

Life is Hard. Why do I choose this title?Simply because my life is hard and not an easy one. Last week I wrote in one forum that I will not fall into Umno's politictical propaganda of 'terhutang budi' and one panelist responded to me with a question like this "masa belajar dulu sapa tanggung?".
I wrote back saying that my mother and my father sponsored my study.No, they are not rich.They went to 'bendang' everyday to feed us and to give me education.Now that I have finished my studies, does my life become easier?The answer is NO.My life become harder.I have a bigger responsibilities I would say.And it's time to 'balas budi' also.
No.Not to Umno.But to my parents.And to my sisters and brothers.How??Off course monetary rewards is the easiet way.But is that what your parents looking forward to?To received few hundred or thousand ringgit from their sons/daughters every month.No.Not that.I know that all my mother and my father wants from me is to become a better man.
But still I send the few ringgit to ease their burdens, especially during this testing time when all the goods are expensive.My mother still go to the 'bendang' to 'cari makan'.I wish I could give her thousand ringgit every month so that she don't have to do all that work anymore.
But in reality, I can't.Why?That's why I said my life is Hard.I'm married now.With four kids.My income every month is barely enough for me to pay for my house(RM1215),my car(RM1286),my businees loan(RM1303),my bills TNB(RM120++),SYABAS(RM50++),ASTRO(RM59.95),TELEKOM(RM60++),TMNET(RM77),CELCOM(RM100),my sons educations (RM440.00),my maid's salary (RM450),my petrol (RM800++),my tolls (RM216++),my households expenditures comprising my kids' milk,diapers and foods together with my daily expenditure which total up at minimum RM1000 per month.
So, all together my expenses is around RM7177 per month. It is hard to swallow especially when you thought that having more than five thousand per month and you could live happily ever after.How wrong I am.Life is still hard although you have more than five thousand per month.
I would never imagine paying RM150 for my son kindergarten few years back.Registration itself is a suffocating process.Yes, I mean it.My two sons cost me more than one thousand for the registration plus one month fees.So, life now is harder and expensive too.Writting this made me suffocating as well.So, bye for now.

KEMALANGAN







Property Management
Rawang Lakes Sdn BhdBandar Tasik Puteri Site Office48020 KundangSelangor Darul Ehsan.
Fax: +603 6034 4391

Per: ADUAN BAHAYA JALAN RAYA

Saya meruju perkara di atas.

Saya ingin membuat aduan dan bantahan berhubung pembinaan satu simpang merbahaya di jalan ke arah Blok 2 dan Blok 3. Pembukaan simpang tersebut pada baru-baru ini merbahaya kepada lalu lintas di jalan tersebut yang juga merupakan satu selekoh yang agak tajam dan terlindung. Pembinaan 'bumper' yang tidak tepat juga mengundang bahaya kepada pengguna jalan tersebut khususnya penduduk Blok 1B, 2, 3 dan Desa Puteri yang kian bertambah ramai.

Bahaya ini terbukti apabila satu kemalangan telah berlaku melibatkan sebuah van pada baru-baru ini. Banyak kereta seperti juga saya mengalami kemalangan kecil pada hari 'bumper' mula disiapkan kerana tidak cukup papan tanda dan lampu jalan bagi menerangi jalan tersebut. Perkara begini juga telah berlaku dulu apabila kerja-kerja membuat 'bumper' tidak disudahkan (belum cat) dan ditinggalkan oleh pekerja tuan dalam keadaan tidak ada papan tanda dan lampu bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

Adalah amat malang apabila pihak tuan tidak mengambil iktibar akan kemalangan-kemalangan yang berlaku akibat pembinaan jalan-jalan yang tidak sempurna di BTP ini dengan membuat satu lagi simpang merbahaya di jalan yang sudahpun sedia merbahaya kepada pengguna dan akibatnya kemalangan yang saya sebutkan tadi telah berlaku.

Dengan itu, saya berharap pihak tuan akan menutup kembali simpang tersebut dan mengembalikannya ke keadaan asal bagi kesenangan pengguna BTP.

Sekian, Terima kasih

yang benar,
Hairulallias bin Shaari
No. 11, Jalan 3/16

Friday, April 11, 2008

Uploading failure II


welll, what could I do.I still failed to upload the recording.So, for the time being just enjoy my pic. only lahh.

Thursday, April 10, 2008

Uploading Failure

I've been trying to upload my recent video recording but failed. I don't know what cause it but I will try again and seeks some advice from friends which are more expert about Uploading video to blogs.

Pelik bin Ajaib






Pelik bin ajaib apabila kira-kira 200 orang (seperti kiraan utusan meloya) penduduk di kawasan ternakan babi di Sepang membuat bantahan di hadapan bangunan SUK Selangor pada 9 April 2008 sedangkan ladang babi dan ternakan babi itu telah wujud sejak zaman her totol lagi.Begitu bangang dan bodoh melayu amno itu semua membantah dan menghentam kerajaan PR apabila baru sebulan memerintah tetapi senyap sunyi dan menikus selama 50 tahun BN memerintah.Media perdana yang penipu dan putar belit begitu bersungguh-sungguh membuat liputan sedangkan yang hadir tak ramai mana dan dibantu pula polis yang kotor yang mengawak trafik dan membiarkan saja suku sakat orang utan itu meletak kereta motrosikal sesuka hati.

Dibantu oleh banner banner berbau fitnah dan hasutan (kalau Sultan pun puak puak amno ni natangkan apatah lagi pemimpin biasa)di rentangkan oleh mat mat rempit upahan yang lari berteduh di bawah bayang pokok bila panas datang.Saman je fitnah mereka semua ini YB!!!

Tuesday, April 8, 2008

Done

It's done. all the 72 forms has been submitted to PKR's HQ today for processing.All we need to do now is wait for the Majlis Tertinggi's approval.The approval will be send directly to us at our address as stated in the forms.

14 April

Coming this 14 april, we will have two major events to participate. One is the Black 14 assembly at Kg Baru, KL. The other is the Pidato by 5 MB in Stadium Ipoh, Perak.Logistically, the Kg.Baru's assembly is more convenient in terms of distance. But the again, Ipoh is not that far from Rawang.In KL, most probably the bastard police force would mount roadblocks everywhere to stop us from gathering.The FRU's baton and water canon are ever ready to swing into actions.But then again, that is a teriffic experience.No more fear!!In Ipoh, I bet no police personnel to stop us making our way to the stadium.But the excitement to be there with thousands and thousands others is so great.How could I miss that event??Plus I get the opportunity to visit my family in Ipoh.hhmmmm...just wait and see lahh.

Monday, April 7, 2008

Membership Applications

As at today I have received 72 application's forms to join PKR from people of BTP and GVP. All the forms would be submitted on 8/4/2008 at PKR's headquarter in Brickfields. For those who has not submitted their forms, kindly contact me for the submission or they could send the forms to the HQ by themselves.

Google AdSense

My application for Google Adsense has been rejected for the reason of unsupported language. My blog is entirely in Bahasa Melayu and with little English only. Maybe in future I will write some articles or news in English to enable me to join AdSense. For the time being, I'm satisfied with my blog which is designed to give informations relating to Bandar Tasik Puteri (in PKR's view of course). This blog shall contains lights material for easy readings, not heavy stuffs that we can get from others blog.As time is a factor to me, wherein I'm quite busy juggling between works and family (remember I have four kids), I could not write long and heavy materials so often. If we take into account the poor service of broadband at BTP, publishing one or two post a day is consider a good posting already. Bye for now.

Sunday, April 6, 2008

Sabotaj??

Membaca akhabar Utusan Meloya hari ini (aku bacapun sebab paper tu ada kat kantin court Bangi) penuh dengan cerita amno keparat sahaja. Kenyataan Dolah Badawi kononnya amno kalah kerana sabotaj ahli-ahlinya seolah-olah cuba menolak dan menidakkan faktor kekuatan PKR pada pilihanraya yang lalu. Sebenarnya amno kalah kerana rakyat sudah muak dan benci dengan pemerintahan kroni, rasuah dan salah guna kuasa amno & BN yang dah 50 tahun menekan dan menindas rakyat miskin dan sederhana.Amno kalah bukan kerana sabotaj tapi kerana kerakusan dan kejahilan amno sendiri.Pemimpin-pemimpin amno sibuk mengaut kekayaan negara tanpa mempedulikan rakyat.Wang ehsan di Terengganu habis dibolot segelintir yang rapat dengan Dollah Bodowi.Di Selangor bekas menteri besarnya sangat dungu dengan mengatakan mukanya menjadi berkilat dengan makan tempe.Dollah Bodowi sendiri asyik menipu (selain membuta) rakyat dengan janji dan angan-angan kosong. Kritikan dan tehuran gagal dijawab atau diperbaiki oleh pemerintahannya.Kebiadaban DIL yang tak mampu ditutuplah sebenarnya menyumbang kepada kekalahan amno.
Jika benar ada sabotaj ahli amno, soalan yang utama perlu ditanya Dolah Bodowi adalah kenapa itu berlaku? Jawapannya sangat mudah. Iaitu orang orang amno sendiri marah kepada Dollah yang lemah dan lembab.Jika pemerintahan Dolah berkesan dan gemilang, tak akan ada sabotaj dilakukan.
Apapun, yang penting untuk kita semua ingat adalah Pakatan Rakyat menang di lima negeri kerana kekuatan Pakatan Rakyat itu sendiri. Jika tidak ada sabotaj sekalipun, Pakatan Rakyat akan memenangi banyak kerusi DUN dan Parlimen kerana rakyat mahukan Malaysia yang adil.
Hidup PKR!! Reformasi!!Makhal Sakti!!

Friday, April 4, 2008

Info Terkini

Adalah dimaklumkan bahawa satu Kelas Perubatan Islam akan diadakan pada hari Ahad, 6 April 2008 jam 9.30 malam di Markas PAS Green Valley Park. Sumbangan sebanyak RM10.00 dialu-alukan.
Sumber diperolehi melalui sms sdr Mazlan.

Thursday, April 3, 2008

Berita Sukan

Sedikit berita sukan luar negara. Empat pasukan yang dijangka layak ke separuh akhir Champions League adalah Man U, Barcelona, Chelsea & Liverpool. Peminat bolasepak BTP boleh datang ke padang Oak setiap Sabtu & Ahad bagi menyaksikan perlawanan mingguan antara pasukan Otai & Youngsters BTP berentap.

Petikan Akhbar

Dipetik daripada Harakah Daily.

Mufti Perak gesa pendakwah Islam bangkit tentang filem Fitna
Intan Abdullah Thu Apr 03, 08 9:38:03 am MYT
KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Para pendakwah Islam digesa bangkit untuk menjelaskan kekeliruan berhubung filem pendek 'Fitna' yang ditayangkan menerusi internet sejak 27 Mac lalu. -->-->
Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria berkata adalah menjadi tanggungjawab kepada pendakwah Islam untuk menjawab segala fitnah yang telah dilemparkan oleh penerbit filem tersebut, Geert Wilders menerusi internet memandangkan ia kini sedang giat ditayangkan melalui medium tersebut.
"Hakikatnya, Geert Wilders itu adalah pihak yang menabur fitnah bukannya Islam yang menjadi fitnah.
"Justeru, para ilmuan dan pendakwah Islam hendaklah berganding bahu bagi menjelaskan fitnah yang cuba dipalitkan kepada kesucian Islam," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mufti Perak itu menyatakan bahawa pihak mufti-mufti telah memutuskan pendirian berhubung isu penayangan filem tersebut.
"Kita kesal dengan kerajaan Belanda yang membenarkan filem tersebut ditayangkan meskipun kini mereka mahu mengambil tindakan ke atas Geert.
"Kenapa daripada awal mereka tidak mengambil tindakan yakni mengenakan sekatan ? Kenapa dibiarkan juga mereka meneruskannya, sebab itu kita mengambil keputusan untuk memboikot produk Belanda sebagai protes," katanya.
Filem pendek yang mempunyai dua versi ditayangkan selama 16 minit 48 saat dan 15 minit itu memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam.
"Malangnya ia telah disalah tafsirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. saya sangsi mengenai niat sebenar ianya dibuat kerana ia tidak mengambil ayat-ayat sebelum dan selepasnya yang menjelaskan apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan," ujarnya lagi.
Jelasnya, setiap ayat al-Quran mempunyai perkaitan antara satu sama lain yakni terdapat hubungkait antara ayat yang sebelum dan selepasnya.
"Begitu juga dengan perintah berjihad dan memerangi orang kafir yang mempunyai ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran sekaligus ia turut memiliki sebab penurunan ayat tersebut yang dipanggil asbabun nuzul," katanya lagi.
Beliau mengecam sekeras-kerasnya pihak pengeluar filem pendek tersebut yang seolah-olah mahu menuduh Islam menganjurkan kekerasan dan menggalakkan keganasan menerusi peperangan dan pembunuhan secara tidak berperikemanusiaan.
"Padahal dalam ayat yang sebelumnya menceritakan mengenai orang-orang yang memusuhi dan memerangi orang Islam, tetapi mereka tidak mengambil ayat tersebut.
"Ini jelas mengeluarkan mengelirukan dan memfitnah Islam dengan menggunakan kitab suci ajarannya," ujarnya.
Tambahnya, penghasilan Fitna adalah gambaran kepada keadaan orang Barat yang semakin takut dengan perkembangan ajaran Islam yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat di banyak negara.
"Bahkan hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas penulis buku 'satanic verse' adalah setimpal dengan kesalahan pendakyah Islam kerana ia telah memfitnah Islam.
"Kerana Allah telah berfirman bahawa sesungguhnya fitnah itu adakah lebih dahsyat daripada membunuh.
"Jadi, tidak hairanlah jika sekiranya ada pihak yang mendesak supaya Geert dijatuhkan hukuman bunuh," tambahnya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor berkata isu ini adalah isu bersifat individu dan bukan kolektif yakni negara.
"Ini bukan isu berbentuk 'state terrorisme' tetapi 'individual terrorisme' yakni Geert Wilders yang mahu meraih populariti dan keuntungan," katanya.
Katanya, pemuda PAS menentang keras tindakan Geert tersebut kerana ia melibatkan soal maruah nabi dan umat Islam itu secara umumnya.
"Kita masih merancang untuk membuat bantahan secara besar-besaran di samping memboikot produk keluaran negara tersebut untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak merendah-rendahkan Islam dan penganutnya," ujarnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa kes yang hampir sama pernah terjadi sebelum ini yang mengaitkan beberapa individu seperti Tasleema Nasir, Haidar bin Haidar dan salman Rushdie yang telah menerima hukuman mati akibat menghina agama Islam.
Pada 30 Mac lalu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.
Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.
Dalam kenyataan tersebut, beliau merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.
Justeru, beliau menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.
Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menyiarkan filem bertajuk 'Fitna' secara online pada 27 Mac lalu.
Filem tersebut dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.
Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub melahirkan kekecewaan kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Belanda hari ini. Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, di Lobi bangunan The AmpWalk, Jalan Ampang, pagi tadi.
Sementara itu, Timbalannya, Nasruddin Hassan yang turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan Belanda tidak menyatakan permohonan maaf.
Beliau juga berkata langkah memboikot barangan daripada Belanda merupakan salah satu langkah memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, termasuk menyekat sebarang hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara tersebut. - mr

Kedai Runcit

Antara aduan yang diterima melalui Borang Aduan Rakyat adalah aduan bahawa kedai-kedai runcit di BTP & GVP dikuasai oleh orang asing yang mengenakan harga barangan yang agak tinggi dan sesuka hati. Sesiapa yang ada maklumat boleh salurkan aduan anda ke Kementerian Hal Ehwal Pengguna melalui e-aduan.
E Aduan
Selamat Datang
Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.
Dengan adanya sistem ini, adalah diharapkan urusan orang ramai dengan KPDN&HEP akan dipermudahkan lagi.Untuk pengetahuan anda, sistem ini telah dapat digunakan bermula dari 14hb Jun 2004.
Semua aduan akan disiasat dan maklumat pengadu akan dirahsiakan. Sila hubungi kami sekiranya anda tidak menerima maklumbalas dalam masa 3 hari bekerja.
Sebarang cadangan untuk penambah-baikan Sistem eAduan ini adalah dialukan.Sila emailkan cadangan anda ke e-aduan@kpdnhep.gov.my
-->Klik disini

Wednesday, April 2, 2008

JAIS

Ada penduduk BTP melalui Borang Aduan Rakyat mengutarakan masalah maksiat pendatang yang tinggal bersekududukan. Lantaran itu, Ustaz Dr.Badrul Amin telah menyiasat dan meneliti dakwaan ini dengan pantauan berterusan untuk diambil tindakan. Antara rumah yang disebut menjadi sarang maksiat tersebut adalah di alamat No.30, Jalan 1/11 Blok 26 & No.2, Jalan 11/9 Blok 16. Minta kerjasama penduduk memantau dan menyiasat perkara ini dengan teliti. Jika ada kebenaran aduan boleh dibuat melalui kepada JKK Surau-surau atau teris ke JAIS seperti di bawah:-

DIREKTORI BAHAGIAN PENGURUSAN PENGUATKUASAAN

Tingkat 4, Menara Utara (Blok B),Bangunan Sultan Idris Shah,Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
Bahagian Penguatkuasaan
Nama/Jawatan
Nombor Telefon
Mohd Shahzihan B. Ahmad( Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) )

zihan@jais.gov.my
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
55142063
Sufian Hadi B. SayutiPenolong Pengarah (Pengurusan)

hadi@jais.gov.my
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
3666
Mohd.Akmal B. Hj. SeninPenolong Pengarah (Operasi)

akmal@jais.gov.my
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
3665
Ketua Unit Latihan
3667
Ketua Unit Pencegahan
3605
Ketua Unit Logistik
3668
Ketua Unit Tindakan Khas
3662
Ketua Unit Siasatan
3663
Hotline 24 Jam
1-800-88-2424

Selain itu, maklumat atau aduan maksiat lain yang melibatkan penduduk Islam di BTP juga boleh dibuat kepada nombor di atas.

Derma Membina Surau



Adalah dimaklumkan bahawa surau As-Sobirin akan dibina di tapak tetap di Blok 2 bagi kegunaan jemaah-jemaah di Blok 2, 3 dan Desa Puteri serta penduduk sekitarnya.

Khutbah Jumaat

Adalah dimaklumkan bahawa Ustaz Dr.Badrul Amin dijangka akan membaca khutbah Jumaat di surau As Siddiqin BTP pada 11 April 2008.